Saturday, December 25, 2010

Taqwa: Bukan sekadar sifat tetapi tingkah laku

Apa itu taqwa?

Saidina Umar Al-Khattab bertanya kpd Ubai bin Ka'ab ttg apa yg dimaksudkan dgn taqwa.

lalu Ubai bin Ka'ab bertanya kembali, "Apa yg akan kamu lakukan jika berjalan di jalan yg dipenuhi dgn duri-duri?"

Saidina Umar Al-Khattab menjawab, "Aku akan mengangkat kain ku dan berjalan dgn penuh berhati-hati sambil melihat ke bawah." (bkn sahaja tidak mahu terluka malah kain juga tidak mahu terkoyak drpd terkena duri)

Ubai bin Ka'ab menjawab, "Itulah TAQWA!"

Sayyid Qutb dalam tafsir Fi Zhilalil Qur’an berkata: ”Itulah taqwa, kepekaan hati nurani, kebeningan perasaan, rasa takut yang terus-menerus, kehati-hatian yang langgeng, dan kewaspadaan terhadap duri-duri jalan…” (Tafsir Fi Zhilalil Qur’an, Rabbani Press Buku 1 Hal.65)

Jadi, taqwa adalah sifat berhati-hati dlm menjalani kehidupan. Segala tindak tanduk/perlakuaan/perbuatan kita sama ada ktk berhadapan dgn org ataupn bersendiri perlu sentiasa dlm keadaan behati-hati/berjaga-jaga/berwaspada drpd kesenangan dunia.

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kpd apa2 yg diigini, iaitu: wanita2, anak2, harta yg bnyk dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang2 ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tmpt kembali yg baik (syurga)" (Surah Al-Imran, 3:14)

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Hasyr, 59:18)

Ingatlah, Islam hanya akan lahir/dibina apabila runtuhnya sifat jahiliyyah ttp bukan Islam lahir diatas sifat jahiliyyah.

2 comments:

a.j. said...

pengisian yang baik

hafizulkifli said...

reminding myself as well akhi. :)