Monday, April 19, 2010

Doa Rabitah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Ya Allah,

Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini,
telah berkumpul kerana mengasihi Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu,
Bersatu memikul beban dakwah Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu Maka eratkan lah Ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong

Ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin.

No comments: