Friday, July 31, 2009

Inilah Saya, Anda pula SIAPA???

"Saya adalah pengembara yg mencari kebenaran. Saya adalah manusia yg mencari erti sebenar kemanuusiaan. Saya adalah seorg warga negara yg impikan sebuah negara yg dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yg murni....".

"Saya hanyalah ibarat seorang yg memahami rahsia hidupnya. Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya utk ALLAH sekalian alam, tiada yg mempersekutui-NyA. Inilah yg di perintahkan kpd saya dan saya salah seorang yg menyerahkan diri....".

~AS-Syahid Imam Hassan Al-Banna~

Wasiat Imam Hassan Al-Banna

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah solat serta merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku ilmiah, pergilah ke majlis-majlis ilmu dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dlm perkara yg tidak memberi faedah.

3. Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul kerana Bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita oleh itu guna masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah pelaksanaannya.


Petikan ucapan terakhir Hadsan Al-Banna dalam muktamar dihadapan para pemimpin muslimun yang diadakan di Mekah al Mukaramah:

"wahai saudara-saudara,

Tahukah kamu kenapa kita tertinggal jauh ke belakang dari salafus salih? Sesungguhnya satu sahaja jawapannya dan tiada duanya. Ini kerana kita berpaling dari Al-Qur'an dan tidak melakukan segala apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Ketahuilah bahawa muslim akan hanya merasa bahagia di alam nyata apabila mereka menjadikan Al-Qura'nul Karim sebagai perlembagaan hidup dan perlembagaan mereka. Terimalah amanat dari aku: "Sesungguhnya Allah tidak akan menolong orang-orang fasik yang berpaling tadah dari agama mereka dan melalui jalan syaitan nir rajim. Di hari kita kembali kepada pangkuan Al-Qur'an dan sunnah yang suci, di hari itulah kita akan melihat pertolongan Allah s.w.t. terpampang di hadapan mata kita."

No comments: